Wednesday 15 August 2018

Luka

Percaya atau tidak mereka pasti akan menyimpan sebahagian duit mereka untuk membeli kesembuhan di hati,
Setiap dugaan yang diberi kepada mereka  berbeza,
Boleh aku katakan penawarnya sukar didapati.
Tapi itulah kehidupan, tidak ada kesakitan maka tidak lengkaplah warna kehidupan.

Mungkin ketika kecil masalah tidah pernah diertikan, 
Aku teringat ketika aku umur 11 tahun ketika menonton filem P. Ramlee...
Ada satu babak dalam filem madu 3 dengan petikan "HIDUP SUSAH MATI PON SUSAH",

Aku pernah mempersoalkan kenapa boleh mereka mengeluarkan sesuatu ayat seperti itu,
kerana ketika itu aku merasakan hidup aku cukup tanpa sebarang masalah dan kesakitan dari dunia. 
Tapi bila aku semakin membesar setiap bait dari cerita P.Ramlee itu sendiri banyak memberi makna yang cukup tersirat dan tersurat tentang sebuah kehidupan itu sendiri.

Bagi aku setiap kesengsaraan ada kesembuhannya, 
cuma ianya datang dari kita sendiri untuk memilih sama ada untuk menamatkan sebuah keidupan atau cuba untuk merubah keadaan dari hidup ini. 



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved frhtisblog.blogspot.my