Wednesday 15 August 2018

Luka

Percaya atau tidak mereka pasti akan menyimpan sebahagian duit mereka untuk membeli kesembuhan di hati,
Setiap dugaan yang diberi kepada mereka  berbeza,
Boleh aku katakan penawarnya sukar didapati.
Tapi itulah kehidupan, tidak ada kesakitan maka tidak lengkaplah warna kehidupan.

Mungkin ketika kecil masalah tidah pernah diertikan, 
Aku teringat ketika aku umur 11 tahun ketika menonton filem P. Ramlee...
Ada satu babak dalam filem madu 3 dengan petikan "HIDUP SUSAH MATI PON SUSAH",

Aku pernah mempersoalkan kenapa boleh mereka mengeluarkan sesuatu ayat seperti itu,
kerana ketika itu aku merasakan hidup aku cukup tanpa sebarang masalah dan kesakitan dari dunia. 
Tapi bila aku semakin membesar setiap bait dari cerita P.Ramlee itu sendiri banyak memberi makna yang cukup tersirat dan tersurat tentang sebuah kehidupan itu sendiri.

Bagi aku setiap kesengsaraan ada kesembuhannya, 
cuma ianya datang dari kita sendiri untuk memilih sama ada untuk menamatkan sebuah keidupan atau cuba untuk merubah keadaan dari hidup ini. 



JODOH

Bila cerita tentang jodoh, aku terfikir tentang dua hati si Adam dan si Hawa,
Ada yang masih tercari- cari secebis hati, 
Ada yang dah lali dengan kenangan pahit,
Ada yang sudahpun bahagia.
Ada juga yang mencari kerjaya sehingga sudah biasa hidup sendiri.

Fitrah untuk satu hati ingin dicintai dan mencintai.
Aku terfikir juga terhadap diri aku sendiri.

LAYAKKAH? SEMPATKAH? SIAPAKAH?

Kalau dibaca di ruangan laman sosial katanya jodoh tolong dijaga sementara,
Kalau diperlihat orang sekeliling, mereka berjumpa jodoh mereka dengan mudah.

Katanya kalau bersedia adalah dihadapkan dan semuanya dipermudahkan.
Mungkin "HARAPAN" itulah diletakkan yang membuatkan orang lain masih percaya adanya "JODOH" (begitu juga aku).

-Farah

Tuesday 10 January 2017

Rezeki 😘


Berbeza orang berbeza rezeki yang dapat diterima oleh mereka,
Kalau kelmarin aku dengar rezeki dari saudara seislam aku.
Hari ini aku dengar rezeki sahabat-sahabat aku,
Esoknya Insyallah aku menerima rezeki yang tidak ku jangka.

.......

THE END
Copyright© All Rights Reserved frhtisblog.blogspot.my